Tempoh lantikan Naib Canselor UUM dipendekkan

LocalPolitics
20 Dec 2022 • 7:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Profesor Dr Haim Hilman Abdullah

SHAH ALAM - Tempoh pelantikan Profesor Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dipendekkan dan akan berakhir pada 18 Januari depan.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini.

"Kementerian mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat bakti dan kepimpinannya," ujarnya pada Selasa.

Haim Hilman, 49, dilantik sebagai Naib Canselor UUM pada 17 Januari lalu.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Haim Hilman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada University of Portsmouth, United Kingdom, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di universiti berkenaan.

Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik dari Universiti Putra Malaysia pada 2010.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved