Tempoh Perkhidmatan Mufti Perak Berakhir Semalam

1 Jan 2026 • 8:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tempoh Perkhidmatan Mufti Perak Berakhir Semalam

IPOH, 1 Jan (Bernama) — Tempoh perkhidmatan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, yang dilantik memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2022, berakhir semalam.

Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa beliau telah diraikan dalam satu majlis perpisahan membabitkan kakitangan jabatan berkenaan.

Menurut jabatan itu, Wan Zahidi ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan sempat menitipkan pesanan bahawa kerjaya dalam bidang kefatwaan adalah sebahagian daripada dunia dakwah yang luas.

“Percayalah ia akan membawa kita ke dunia yang lebih jauh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim pula merakamkan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan Wan Zahidi sepanjang menerajui institusi kefatwaan di negeri berkenaan.

Wan Zahidi menggantikan Tan Sri Harussani Zakaria yang meninggal dunia pada 30 Mei 2021 di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19.

BACA: Terimbau Memori Lama, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Buah Ini Di MYDIN
BACA: Objek Disyaki Serpihan Dari Angkasa Ditemukan Di Pesisir Pantai Di Pekan

Sumber: Bernama

The post Tempoh Perkhidmatan Mufti Perak Berakhir Semalam appeared first on Siakap Keli.