“Tempurung Kepala Retak..”- Anak Kritikal Ditolak Rakan, Ibu Mohon Doa Orang Ramai

LocalFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 3:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zalinda Lin di Facebook, dia berkata akibat insiden tersebut tempurung kepala anaknya alami keretakan selain alami pendarahan pada anggota itu.

Bagaimanapun, Zalinda berlapang dada atas apa yang terjadi dan memohon orang ramai untuk mendoakan anaknya yang sedang bertarung nyawa di hospital.

Anak kritikal ditolak rakan

image is not available

“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya, Aisyah Sofia Binti Rohaizan, yang kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh sehingga menyebabkan tempurung kepalanya retak, berlaku pendarahan dalam kepala dan tidak sedarkan diri.

“Saya tak tau dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya redha dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi,” katanya.

Dalam pada itu, dia berharap segala urusan rawatan dipermudahkan dan anaknya kembali ceria seperti selalu.

Anak kritikal ditolak rakan

image is not available image is not available

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala.

“Semoga ada diantara kalian yang Allah angkat doanya. Amin,” ujarnya.

Sumber: Facebook @Zalinda Lin