Temu Didenda €200 Juta Oleh EU Kerana Menjual Produk Yang Diharamkan

WorldBusiness & Finance
29 May 2026 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda sebanyak €200 juta (~RM 924 juta) ke atas Temu kerana kegagalan lama edagang tersebut mengambil langkah mencukupi untuk menghalang penjualan produk haram di platformnya. Denda dikenakan selepas siasatan hampir dua tahun dilakukan terhadap Temu di bawah Akta Perkhidmatan Digital (DSA) dengan denda tambahan mungkin menyusul.

Image from: Temu Didenda €200 Juta Oleh EU Kerana Menjual Produk Yang Diharamkan

Antara produk haram yang dijual di Temu ialah pengecas yang gagal melepasi ujian keselamatan elektrik asas, permainan untuk batu yang mengandungi bahan kimia melebihi tahap selamat dan komponen yang boleh tertanggal menyebabkan bayi tercekik.

EU menyatakan Temu gagal:mengenal pasti dan menilai risiko sistematik penjualan produk haram, dan menilai bagaimana sistem cadangan dan promosi pempengaruh boleh meningkatkan risiko tersebut. Temu diberikan sehingga 28 Ogos untuk melakukan pelan tindakan pematuhan DSA. Sekiranya gagal, syarikat boleh dikenakan denda sehingga 6% daripada jumlah hasil global. Temu menjadi syarikat kedua didenda selepas X kerana kegagalan mematuhi DSA.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved