Temui Bright Vachirawit, Win Metawin, Dew Jirawat Dan Nani Hirunkit Di Kuala Lumpur 5 November Ini

28 Oct 2022 • 8:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook ACO Media MY

Kumpulan Thailand yang terkenal menerusi drama “Boys Over Flowers” iaitu Bright, Win, Dew dan Nani bakal mengadakan sesi bertemu peminat ‘Shooting Star Asia Tour’ buat julung kalinya di Malaysia pada 5th November 2022.

Sesi bertemu peminat itu akan berlangsung pada jam 8 malam bertempat di Pusat Konvensyen Tropicana Garden Mall.

Para peminat bakal berpeluang menyaksikan persembahan menarik Bright Vachirawit, Win Metawin, Dew Jirawat dan Nani Hirunkit secara ‘live’ menerusi lagu-lagu sensasi mereka seperti Shooting Star, Who am I, Dao, Super Star dan banyak lagi.

Kesemua mereka meraih populariti yang luar biasa di peringkat antarangbangsa gara-gara drama bersiri yang menjadi fenomena.

Harga tiket pula bermula dari RM388 CAT3, RM488 CAT2, RM588 CAT1 dan harga untuk tiket VIP bernilai RM688. Tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang ticket2u.com.my.

image is not available

Pada hari bertemu peminat itu nanti, pembeli tiket VIP berpeluang untuk merakam gambar secara berkumpulan  bersama bintang-bintang kesayangan mereka. Manakala pembeli tiket CAT1 dan CAT2 pula berpeluang memenangi sesi bergambar bersama.

Peminat juga boleh mendapatkan poster edisi terhad yang ditandatangani oleh kesemua bintang serta set kad foto eksklusif dan poster rasmi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau ikuti laman sosial Aco Media untuk perkembangan terkini Shooting Star Asia Tour di Malaysia. - Getaran, 28 OKtober 2022 

image is not available