Temui Misbun, Jalani pada perasmian Pameran Anak-Anak Sidek esok

8 Jan 2024 • 12:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 8 JAN: Pelbagai program menarik bakal dianjur sempena majlis pelancaran Pameran Anak-Anak Sidek di Muzium Sultan Alam Shah di sini esok.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) memaklumkan acara diserikan dengan kehadiran dua lagenda badminton negara, Datuk Misbun dan Datuk Seri Jalani Sidek.

Aktiviti pada majlis yang akan dirasmikan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah termasuk klinik santai bersama Nusa Mahsuri, borak santai bersama anak-anak Sidek serta reruai pameran agensi.

Pameran Anak-anak Sidek menceritakan kisah kejayaan keluarga Datuk Sidek Abdullah Kamar yang berjaya membentuk lima anak lelakinya sebagai pemain badminton ternama dunia.

Allahyarham hanya melatih Misbun, Razif, Jalani, Abdul Rahman dan Abdul Rashid di gelanggang kediamannya di Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat.

Bukti kejayaan keluarga berkenaan boleh dilihat di Pameran Anak-Anak Sidek yang berlangsung sejak 1 November lalu sehingga 1 April hadapan. Masuk adalah percuma.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved