Temui Wanita Idaman Hati, Bright Akui Kini Kekasih Nene

Entertainment
23 Apr 2024 • 11:27 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media sosial.

Awal minggu ini, video pasangan itu berjalan berpegangan tangan telah mengejutkan pengguna media sosial sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Oleh yang demikian, peminat menggesa Bright untuk menangani spekulasi tersebut dengan memberitahu kejadian dan perkara sebenar yang terjadi antara mereka.

Dalam pada itu, menerusi akaun X peribadinya, Bright mengiyakan bahawa mereka kini sedang menjalin hubungan cinta dan mengharapkan agar peminat dapat memberikan sokongan terhadap mereka.

“Saya amat berterima kasih atas segala-galanya yang telah membentuk saya menjadi diri saya hari ini, dan untuk semua kasih sayang dan sokongan yang saya terima. Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong dan menyayangi saya. Ia sangat bermakna.

“Nene adalah antara orang yang paling berharga yang pernah saya temui. Dia membuatkan saya berasa gembira dan selamat setiap hari ketika kami bersama. Saya harap anda semua akan sentiasa menyokong kami,” tulisnya.

Label kepada Bright, Cloud9 Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan hubungan pasangan itu pada 22 April, semalam.

“Pihak yarikat yakin bahawa hubungan mereka tidak akan mengurangkan sokongan peminat yang telah menyokong sepanjang kerjaya mereka,” tulis syarikat tersebut.

Foto: CNA Lyfestyle

Untuk rekod, pasangan sejoli itu sebelum ini pernah mengerjakan projek bersama, 2gether The Series pada tahun 2020 yang menjadi pertemuan pertama mereka.

Sumber: TikTok @sasaflism, X @bbrightvc & cloud9_ent_ofc

View Original Article