Ten Hag akui United ada hubungi pengendali lain

Football
17 Jun 2024 • 2:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ten Hag mengemudi United merangkul kejuaraan Piala FA. - Foto: Agensi

ERIK ten Hag mengakui kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United itu telah menghubungi pengurus lain, selain mendedahkan beliau dan The Red Devils masih belum capai kesepakatan berkenaan tawaran kontrak baharu di Old Trafford.

Reaksi ten Hag mengesahkan spekulasi berlegar di sekeliling kelab itu sejak menjuarai Piala FA bulan lalu sebelum muncul mengesahkan akan kekal dalam jawatannya minggu lalu.

“Pada saya sangat wajar keperluan penilaian seperti dilakukan dalam sebarang organisasi.

“Kami mengadakan perbincangan yang baik dan pelbagai topik dibincangkan. Salah satu kesimpulannya ialah kami akan melanjutkan kontrak, namun kita masih perlu mencapai kata sepakat,” katanya.

Sebelum ini, Manchester United mengakhiri kempen dengan menjulang kejuaraan Piala FA, namun penamat di kedudukan kelapan liga merupakan pencapaian yang terburuk sejak 1990.

Mengakui situasi itu, ten Hag berkata: “Ia musim yang penuh bergelora, namun tidak pernah membosankan semua.

“Kesimpulan dari situ bermulalah kepimpinan baharu bola sepak buat kali pertama,” katanya merujuk kepada pemilik baharu Jim Ratcliffe.

Tambah bekas pengendali kelab Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam itu syarikat Ratcliffe, Ineos juga telah mengadakan rundingan dengan pengendali seperti Thomas Tuchel.

“Itu bukan rahsia. Semua orang telah mendengar bahawa mereka telah bercakap dengan beberapa calon.

"Di Belanda itu tidak dilakukan. Anda tidak dibenarkan bercakap dengan kelab lain jika ada jurulatih semasa di sana. Tetapi di England peraturan dan undang-undang berbeza.

“Tetapi akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa sudah mempunyai pengendali terbaik,” ujar ten Hag.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved