Ten Hag dirisik kelab Bundesliga?

WorldFootball
5 Dec 2024 • 7:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ten Hag antara calon berpotensi menggantikan Marco Rose di RB Leipzig. Foto: Agensi

SKY Jerman melaporkan bekas pengendali Manchester United, Erik ten Hag sedang dipertimbangkan oleh kelab Bundesliga, RB Leipzig jika mereka memilih untuk memecat pengurus, Marco Rose ekoran prestasi buruk sejak kebelakangan ini.

Leipzig telah kalah lima daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Kelab itu baru-baru ini tewas 1-5 di tempat sendiri menentang Wolfsburg dalam aksi Bundesliga.

Biarpun menghuni tangga keempat dalam carta Bundesliga, Rose perlu mengubah keputusan buruk atau berisiko kehilangan jawatannya.

Laporan itu juga menambah bahawa bekas pengurus Benfica, Roger Schmidt dipercayai turut menjadi calon bagi jawatan pengurus Leipzig selepas meninggalkan kelab Portugal itu pada penghujung Ogos.

Perlu diingat bahawa ten Hag dipecat sebagai pengurus United pada bulan Oktober selepas permulaan yang buruk dalam musim ketiganya di Old Trafford.

Pengurus Belanda itu digantikan oleh Ruben Amorim yang tiba dari Sporting Lisbon.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved