
Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag memohon pengurusan kelab itu untuk membenarkannya menandatangani pemain baharu selepas dimalukan 0-4 oleh Brentford semalam, lapor Metro UK.
Malah dalam masa sama, Ten Hag satu-satunya pengurus pertama United yang tewas dalam dua perlawanan awal liga selepas rekod jurulatih terdahulu, John Chapman pada tahun 1921.
Tambahan pula, keputusan itu menjadikan United kini berada di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Brentford memperolehi kemenangan pertama ke atas mereka sejak 1938.

“Kami memerlukan pemain baharu dan berkualiti. Kami akan melakukan segalanya untuk menyakinkan mereka datang,” kata Ten Hag selepas perlawanan bertemu Brentford semalam.
Ia merupakan sebuah musim perpindahan yang sangat mengecewakan bagi United apabila gagal meyakinkan kebanyakan pemain sasaran mereka untuk menyertai kelab itu.
Bagaimanapun, United optimis mereka boleh menyelesaikan perjanjian untuk mendapatkan Frenkie De Jong selepas Chelsea juga berminat untuk mendapatkan bintang Barcelona itu.
Red Devil pada ketika ini dalam perancangan untuk mendapatkan Mauro Icardi dari Paris Saint-Germain dengan menyediakan tawaran RM188 juta untuk Cody Gakpo.
Ten Hag yakin akan mendapatkan muka baharu melalui pintu perpindahan ini sebelum tamat pada 1 September, jelasnya sewaktu disoal tentang pemain baharu Jumaat lalu.
Ketika diajukan soalan secara khusus sama ada dia dan lembaga pengarah berada dalam fasa yang sama mengenai sasaran pemindahan, pengendali United itu berkata ‘ya’.
3 – Brentford are just the third side to score four goals against Manchester United in the first half of a Premier League game after Tottenham in October 2020 and Liverpool in October 2021. Dreamland. #BREMNU pic.twitter.com/uy4nQryf8h
— OptaJoe (@OptaJoe) August 13, 2022
Sementara itu, bekas pemain tengah United dan pakar Manchester United TV (MUTV) semasa, Lou Macari membidas usaha kelab itu mengejar Adrien Rabiot dalam siaran secara langsung.
Rundingan mengenai terma peribadi pemain itu sedang berjalan, namun Macari telah berkongsi keraguannya bahawa ramai penyokong United telah berasa kecewa dengan usaha untuk mendatangani pemain kelahiran Perancis tersebut.
United bakal meneruskan aksi liga pada Isnin depan, 22 Ogos dengan bakal menerima kunjungan musuh tradisi, Liverpool di Old Trafford.
Terdahulu, kelab bola sepak di bawah kendalian Ten Hag itu berjaya menewaskan Liverpool 4-0 dalam perlawanan pramusim di Thailand sebelum ini.
Bagaimanapun, dalam perlawanan akhir di Old Trafford, anak-anak buah Jurgen Klopp berjaya memalukan United dengan lima gol tanpa balas.
Sumber: Metro UK
The post Ten Hag Mahu Pemain Baharu, ‘Dinobat’ Jurulatih Pertama Tewas Dua Perlawanan Awal Liga Sejak 100 Tahun appeared first on Siakap Keli.

