Tenaga Nasional Memulakan Projek Ladang Solar Terapung Di Manjung

TechnologyDigital
26 Feb 2024 • 4:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Empangan elektrik hidro menjana bekalan kuasa yang lestari yang bersih tetapi menyebabkan kemusnahan habitat yang ditenggelami oleh air. Permukaan empangan tidak boleh digunakan kerana tidak terbuka kepada orang awam sepanjang masa. Minggu lalu Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan mereka akan memulakan projek ladang solar terapung di tiga empangan hidro mereka.

image is not available

Projek Solar Terapung Hibrid Hidro (HHFS) TNB menyasarkan janaan kuasa elektrik menggunakan solar sehingga 2500 MW. Ia berasaskan ujian ladang solar terapung Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah yang terletak di Manjung, Perak di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR). Projek HHFS akan dimulakan di Empangan Hidro Chenderoh yang menjana 30MW diikuti pula di Empangan Hidro Temenggor dan Empangan Kenyir.

image is not available

Ia akan dilaksanakan oleh TNB Genco yang merupakan anak syarikat TNB sendiri. Antara kesan positif membina ladang solar di permukaan air empangan ialah ia menjimatkan penggunaan tanah, mengekalkan habitat semula jadi dan mengurangkan pengewapan air. Pada waktu yang sama ia turut membantu mengurangkan pencemaran dan menyokong biodiversiti dengan kadar gangguan yang minimum kepada ekosistem akuatik.