“Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]

Entertainment
21 May 2024 • 11:02 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Mendapat hadiah berupa barangan yang diimpikan merupakan satu perkara yang amat menggembirakan. Ia jadi lebih bermakna apabila hadiah tersebut diberikan oleh orang yang tersayang.

Sudah pastinya kebanyakan daripada individu akan melompat kegirangan tatkala menerima kejutan itu.

Wanita Kekal Tenang Ketika Lihat Kejutan Daripada Suami

Namun, lain pula reaksi seorang pengguna TikTok ini ketika dia menerima kejutan daripada suaminya yang tersayang.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @zianaalbania1, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Zianaitu dilihat kekal tenang ketika mendapat kejutan daripada suaminya itu.

Pada mulanya, Ziana dilihat sedang menaiki motosikal menuju ke parkir kenderaan dan ketika itu suaminya sedang merakamnya dari jauh.

Ziana menyedari kehadiran suaminya pada ketika itu namun apa yang lebih menarik perhatiannya adalah ‘barang’ yang terletak di belakang suaminya.

Malah, Ziana dilihat menoleh berkali-kali melihat ‘barang’ tersebut seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Namun, dia dilihat kekal tenang dan sempat memarkir motosikal malah siap menongkat kenderaannya itu secara ’double stand’.

“Apa tu? Apa tu?” tanya Ziana kepada suaminya ketika dia sedang memarkir kenderaan.

Teruja Dapat Hadiah Motosikal Daripada Suami

Tidak mengambil masa yang lama, Ziana dilihat terus berlari ke arah suaminya ketika dia dipanggil dan teruja dengan apa yang dilihat pada ketika itu.

Menerusi video tersebut, kedengaran suami wanita itu menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ serta meminta Ziana segera datang melihat hadiah tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah hadiah itu berupa sebuah motosikal skuter yang merupakan idaman wanita berkenaan.

Dalam keterujaan melihat hadiah tersebut, Ziana seolah-olah masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dan kedengaran dia mendapatkan kepastian daripada suaminya itu.

“Serius la?” tanyanya sambil melompat kegirangan.

Jawapan yang diberikan oleh suaminya nyata menggembirakan Ziana. Kelihatan dia teruja dan terus duduk di motosikal yang dipercayai jenis Benelli Panarea 125 itu.

Malah, dia dilihat melompat berkali-kali tanda gembira dengan pemberian suaminya yang tersayang. Difahamkan, motosikal itu dihadiahkan oleh suaminya sempena ulang tahun kelahiran Ziana.

@zianaalbania1

Replying to @Nana Akmal kita belanja the real reaction🥰🤭

♬ original sound – zianaalbania1 – zianaalbania1

Warganet Terhibur Lihat Reaksi Wanita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat keletah wanita berkenaan.

Malah, ada di antaranya yang kagum dengan ketenangan Ziana yang pada mulanya kekal tenang dan sempat memarkir motosikal sebelum dia melompat kegirangan selepas menerima kejutan tersebut.

Ada juga yang turut mendoakan agar rezeki suami Ziana dimurahkan kerana membahagiakan isterinya itu.

Berikut merupakan komen warganet:

“Tenang Betul Dia Parking Dulu, Letak Beg Dulu”

image is not available

“Lepas Ni, Rezeki Suami Dia Mencurah-Curah Sebab Gembirakan Hati Isteri”

image is not available

“Kau Boleh Angkat Double Stand Lagi, Kalau Aku Bersepah Dah Aku Tinggalkan Motor Tu”

image is not available

“Kalau Aku, Dekat Situ Juga Aku Brek Dengan Berhenti Terus, Tak De Tenang-Tenang Parking”

image is not available

“Dia Boleh Parking Dulu, Kalau Aku, Berhenti Depan Tu Jugak”

image is not available

“Comel Gila Akak Lari Macam Tu”

image is not available

Source:

View Original Article