“Tenang Je Dia Pakai Satu Telefon” – Elizabeth Tan Bertuah, Berjaya Dapat Beli Tiket Konsert BLACKPINK

LocalEntertainment
13 Jun 2025 • 10:48 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak dinafikan yang BLACKPINK adalah selebriti dalam kalangan selebriti!

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi popular Malaysia iaitu Elizabeth Tan telah memuat naik satu video di Instagram, menunjukkan kekalutannya ketika ingin membeli tiket konsert BLACKPINK.

Melihat video tersebut, wanita itu sepertinya merancang untuk melihat kumpulan itu di jelajah mereka di Bangkok, yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Meskipun perlu bersaing dengan ribuan peminat, tuah berpihak kepada Elizabeth Tan kerana dia tetap berjaya mendapatkan tiket.

Komen netizen yang turut bahagia untuknya,

  • Hebatnyaa! Boleh buka servis jual tiket juga ni.
  • Berdebar lain macam kan.
  • Tenang je dia pakai satu telefon, kita ni dah berpuluh gajet.

Untung Elizabeth Tan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.