Tencent Dilaporkan Berminat Menjadi Pemegang Saham Terbesar Manus

TechnologyBusiness & Finance
10 Jul 2026 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Manus merupakan salah satu firma kecerdasan buatan (AI) berpangkalan di Singapura yang. kemudiannya diambil-alih oleh Meta pada nilai $2 bilion pada penghujung 2025. Tetapi pembelian Manus ditentang oleh China kerana dilihat sebagai usaha menjual aset AI negara memandangkan syarikat ini pada asalnya ditubuhkan di negara tersebut. Akibatnya Meta diarahkan menjual pegangan syarikat dengan beberapa pelabur awal Manus dilaporkan berminat mengambil alih semula syarikat.

Image from: Tencent Dilaporkan Berminat Menjadi Pemegang  Saham Terbesar Manus

Hari ini muncul laporkan gergasi teknologi China, Tencent antara yang berminat untuk menjadi pemegang saham terbesar Manus selepas ia diambil alih menurut laporan Reuters. Selain Tencent, ZhenFund dan HSG juga ingin menjadi pemegang saham syarikat menurut beberapa sumber dalaman. Laporan hari ini mengukuhkan ura-ura yang didengari sebelum ini.

Manus mempunyai jutaan pengguna dengan AI mereka boleh melakukan pelbagai tugasan seperti pengurusan dokumen, penghasilan grafik dan. penawaran agen AI. Meta mengambil alih syarikat bagi mengembangkan portfolio syarikat dan kemampuan AI yang sedang dibangunkan bagi menawarkan “kecerdasan buatan peribadi” menurut Mark Zuckerberg.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved