Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan

10 Aug 2023 • 3:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah tendang dan tarik rambut, dipukul pula dengan buku

Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan. Seorang pengasuh taska di Luyang yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki empat tahun di taska berkenaan direman seminggu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, suspek itu ditahan awka pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

image is not available
Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan. Kredit: Facebook

Perintah reman ke atas wanita berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi tadi.

“Setakat ini, polis menerima tiga laporan polis daripada ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa dikasari bapa kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris bersama pegawai serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Kinabalu mengadakan lawatan dan tinjauan di taska berkenaan, pagi tadi.

image is not available
Kredit: Harian Metro

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang tadi.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki itu ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Baca lagi artikel menarik: