Tendang motosikal sendiri, tak puas hati kena tarik

17 Sep 2023 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular video di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan bertindak menendang motosikalnya di hadapan sebuah pusat beli-belah, Isnin lalu.

SERDANG - Berang motosikal ditarik kerana mempunyai tunggakan selama 34 bulan menyebabkan seorang penghantar makanan merosakkan motosikal miliknya dalam kejadian di hadapan pusat beli-belah di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, tindakan individu terbabit dipercayai dirakam orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian sebelum menjadi tular di media sosial.

"Siasatan awal dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, individu tersebut bertindak menendang motosikal miliknya sebelum menyerahkan kepada ejen penarik kenderaan.

"Kejadian berlaku disebabkan individu berkenaan tidak berpuas hati kerana motosikalnya itu ditarik setelah mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka berkaitan kejadian.

"Laporan polis telah dibuat oleh ejen penarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

"Tiada sebarang siasatan dijalankan berikutan ia hanya melibatkan laporan berkaitan penarikan kenderaan," katanya.

Pada Sabtu, tular video di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan bertindak menendang motosikalnya di hadapan sebuah pusat beli-belah.

Tindakan individu berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi netizen yang rata-rata mempertikaikan tindakannya itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved