Tender 5G DNB dikaji semula? Apa Dah Jadi? #10

10 Dec 2022 • 9:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tiga berita top teknologi yang dikongsikan ialah, pertama identiti penyebar video cetak rompak di Telegram boleh dijejak, kedua CIMB tak guna SMS TAC lagi dan ketiga, tender 5G yang dianugerahkan pada DNB perlu dikaji semula.

1. Anda melanun video cetak rompak di Telegram? Identiti anda boleh didedahkan

Cetak rompak adalah masalah utama yang membelenggu Telegram. Namun, tidaklah mustahil untuk menjejak pihak yang tak bertanggungjawab ini. Seorang guru di India berjaya memaksa Telegram mendedahkan nombor telefon dan alamat IP operator saluran Telegram yang menyebarkan kandungan mengajarnya tanpa kebenaran.

Berita lanjut di sini.

image is not available

2. Tiada lagi SMS, semua transaksi web CIMB RM100 ke atas wajib guna SecureTAC mulai 5 Disember

Berkuatkuasa 5 Disember 2022, pengesahan SecureTAC diwajibkan untuk semua transaksi CIMB Clicks menerusi pelayar web bernilai RM100 dan ke atas. Tiada lagi SMS TAC akan diberikan kepada pengguna untuk pengesahan transaksi.

Berita penuh di sini.

image is not available

3. PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan kakitangan pentadbirannya mengkaji semula pemberian tender 5G yang dianugerahkan kepada Digital Nasional Berhad (DNB). Menurut beliau, penganugerahan itu tidak dilakukan secara telus.

Baca lagi di sini.

image is not available