Tengah Beli Makanan Di Bazar, Wanita Berang Lelaki ‘Pervert’ Ambil Gambar – “Besar Betul Breast You”

27 Mar 2023 • 12:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum mengetahui, setiap kali bulan Ramadan tiba, pasti ramai yang menyerbu bazar untuk mencari juadah berbuka puasa.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita yang meluahkan rasa berang apabila seorang lelaki bertindak mengambil gambarnya tanpa kebenaran ketika sedang membeli makanan di sebuah bazar.

Menerusi ciapan di laman Twitter, wanita itu mendedahkan lelaki berkenaan turut menggunakan perkataan lucah terhadap dirinya.

image is not available

Menurut wanita itu, seorang manusia yang normal akan pergi ke bazar hanya untuk mencari makanan dan bukannya menjadi seorang ‘pervert’

image is not available

Meninjau di ruangan balas, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa ‘jijik’ terhadap tindakan lelaki tersebut lebih-lebih lagi apabila perbuatan itu dilakukan pada bulan yang mulia.

image is not available

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang menyalahkan wanita berkenaan kerana memakai tudung yang singkat sehingga menampakkan bentuk payudaranya.

Tidak mendiamkan diri, wanita itu mengakui dia sedia menerima kecaman namun menasihatkan kaum lelaki untuk menjaga pandangan dan tidak mengambil gambar wanita sesuka hati.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 9 jam lalu

(VIDEO) "Macam Bagi Kucing Makan.." - Ahli Politik Bagi Sumbangan Ikan Seekor Dari Rumah Ke Rumah, Dikritik Tak Ada Adab