
KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah kereta terkejut besar apabila diberitahu, ada seekor ular sawa memasuki ruangan enjin kenderaan miliknya.
Insiden berkenaan dikatakan berlaku di sekitar kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak di sini.
Menurut @wartawan.jalanan2026 di Thread, pemilik kenderaan dikatakan sedang menghadiri majlis perkahwinan, apabilanya namanya dipanggil DJ bertugas.
“Kejadian berlaku di Hotel UTM KL. Owner kereta pada mulanya hanya menghadiri kenduri kahwin di hotel berkenaan.
“Namun beliau terkejut apabila DJ announce no plat kereta sekian telah dimasuki ular menurut laporan saksi dari guard di hotel berkenaan. Owner kereta terus ke kereta setelah mendapati no plat yang di announce adalah miliknya,” katanya.
Menerusi video yang dikongsi di pautan https://www.threads.com/@wartawan.jalanan2026/post/DZCf-sngdyU?xmt=AQG0P2xQWbfUQAK-t2HSA7Wg4xmWS1DvIDeg7qFxwp9DEm149OrBeZPb5YriHFkVnaTjQRi&slof=1, dapat dilihat sepasukan anggota Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) bertungkus-lumus mengeluarkan reptilia berkenaan.
Sementara itu, @syedmuhammadsyihab pula berkata, kawasan sekitar UTM sememangnya menjadi habitat reptilia tersebut sekitar tahun 80an dan 90an.
“Area UTM, area Jalan Maktab, area belakang Dewan Perdana Felda, Jalan Gurney, area AZRB, area Seri Perlis 2 dan kawasan sekitarnya memang ada habitat Si Belit ni,” katanya.
Seorang lagi pengguna Thread, @nnzmn_ pula berkata, banyak kucing dilaporkan hilang di sekitar pejabatnya, yang terletak berhampiran kawasan UTM itu.
“No wonder la sebab area office aku pun banyak ular sawa, sebab boleh dikatakan dekat juga la dengan UTM ni. Banyak kucing stray hilang,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2026

