"Tengah Makan Aiskrim Kot" - Tuan Rumah Bengang Pelajar Buat Maksiat Depan Rumah

9 Oct 2023 • 12:15 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Sebagai seorang muslimin dan muslimat, sudah menajdi tanggunjawab kita untuk menghindari dari perbuatan maksiat.

Definisi maksiat adalah perbuatan mengingkari perintah yang ditetapkan oleh Allah SWT. Pentingnya untuk menghindari maksiat ia bukan sahaja mengundang dosa dan kemurkaan Allah SWT, tetapi juga memberikan banyak kesan mudarat kepada diri dan kehidupan.

Baru-baru ini viral di platform TikTok, seorang lelaki yang memuatnaik satu video yang memaparkan sepasang kekasih sedang "bermesra" di hadapan rumahnya.

Setelah lama membuat pemerhatian terhadap pasangan tersebut, lelaki itu nekad untuk menerjah dan menegur perbuatan pasangan tersebut yang juga dipercayai pelajar universiti di kawasan terdekat.

Tuan rumah itu mempersoal apa yang sedang mereka lalukan. Dia menegur pasangan itu kerana tindak tanduk mereka itu mencemar keharmonian kawasan setempat.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tindakan tuan rumah dan tindakannya itu wajar dijadikan teladan supaya dapat menghalang dari berlakunya zina di kawasan tempat tinggal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved