Tengah Proses Cerai Kali Ke-3, Guru Cederakan Anak Sendiri Guna Pisau Sayur

LocalFamily & Parenting
2 May 2025 • 6:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang guru yang sedang menghadapi kemelut rumah tangga ketika proses cerai kali ke-3 tergamak menikam anak kandungnya dalam kejadian mengejutkan di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, pagi tadi.

Tertekan kerana tengah proses cerai kali ke-3

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed menyatakan siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat tekanan yang dialami suspek susulan masalah rumah tangga.

image is not available

Proses cerai kali ke-3 berlangsung pada 13 Mei nanti

Lelaki itu kini dalam proses penceraian dengan isterinya yang dijadual disebut di Mahkamah Syariah Tumpat pada 13 Mei ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang baru berusia 11 tahun ditikam dua kali di dada dan sekali di perut menggunakan pisau pemotong sayur.

image is not available

Suspek dapat rawatan masalah mental sejak 2008

Mangsa kini dirawat di Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Lebih mengejutkan, suspek yang merupakan bapa kepada mangsa dipercayai mengalami masalah mental dan telah menerima rawatan psikiatri sejak 2008 hingga kini.

“Suspek telah ditangkap dan kini ditahan di lokap Balai Polis Pasir Mas,” kata Kama Azural.

image is not available

Kes ini turut mengundang perhatian ramai yang bimbang dengan tahap tekanan mental dalam kalangan individu terlibat dalam krisis keluarga.

Sumber: Utusan Malaysia (Rohana Ismail)