“Tengah Tulis Novel Ke?” – Bengang Adik Dituduh Ambil Dadah, Kakak G-Dragon Tampil Bersuara

Music
14 Nov 2023 • 4:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa je yang tahan kan kalau adik kita kena macam-macam.

Pada 14 November, kakak kepada G-dragon yang juga merupakan ikon fesyen terkenal Korea iaitu Kwon Da-mi, telah membuat hantaran di media sosial miliknya dan menyeru agar orang ramai menyokong G-Dragon dengan tanda pagar ‘GD Guardians Of Daisy’.

Ianya berikutan dengan kes di mana ahli kumpulan BIGBANG itu telah dituduh atas percubaan untuk menghapuskan barang bukti berkenaan dengan isu dadah dari pihak polis.

image is not available

Di mana dalam kes tersebut, pihak polis menyatakan bahawa G-Dragon dengan sengajanya mencukur semua bulu badannya kecuali rambut.

Namun, tuduhan itu telah ditentang sekeras kerasnya oleh peguam G-Dragon. Malah, tuduhan itu juga telah didakwa palsu selepas penyanyi itu mendedahkan bahawa dirinya sudah memberikan segala bukti yang diminta oleh pihak polis.

Berikutan dengan itu, Kwon Da-mi turut membuat hantaran di media sosial dan meluahkan rasa terkilannya terhadap tuduhan yang mengatakan adiknya menggunakan dadah.

image is not available

Dia berkata,

Saya seorang yang penyabar dan saya sekarang ini tengah sabar dan tahan diri saya. Tapi, perkara ini sangat menggilakan. Awak tengah cuba nak tulis novel ke apa ni?

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.