“Tengking, Tinggikan Suara Pada Anak Hanya Akan Meninggalkan Trauma Pada Mereka” – Uyaina Arshad

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 12:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara ‘Wanita Hari Ini’, Uyaina Arshad berharap usahanya untuk mendidik anak dengan ‘Gentle Parenting’ dipermudahkan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi tentang situasinya yang mengawal anak-anak ketika mereka trantrum.

Malam yang sukar buat saya sebab Urayyan (anak kedua) asyik berjaga malam nak susu.

 

Selepas itu, pagi yang sukar buat saya sebab Urhan (anak pertama) tantrum.

image is not available

Pagi tadi, Urhan bangun saja dari tidur, dia terus cranky tanpa sebab.

 

Kesabaran saya betul-betul diuji. Dah la baru bangun. Dan saya ada kerja, calltime awal pagi pulak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Kata Uyaina, dia akan cuba yang terbaik untuk tidak marah kerana anak-anak belum pandai mengawal perasaan mereka.

Saya cuba yang terbaik untuk jadi gentle Mama. Yang tidak memarahi anak, sebab ini adalah cara didikan yang saya dan Syahiran (suami) bersetuju.

image is not available

Ujar pengacara itu lagi, meninggikan suara pada anak ketika di usia sebegitu hanya akan meninggalkan trauma buat mereka.

Kadang-kadang, mudah sangat untuk kita marah anak bila mereka buat hal. Bila kita marah, tengking, tinggikan suara, perkara itu akan membentuk karakter bila mereka besar nanti.

image is not available 2 days ago

"Anak Bukan Murah, Jadi 'Parents' Rancang Kewangan Betul-Betul" - Uyaina Arshad Akui Perbelanjaan Besarkan Anak Tinggi