Tengkorak Manusia Dipercayai Ditemui Dalam Longkang Di Sibu

19 Dec 2023 • 4:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tengkorak terbabit ditemui semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan

Tengkorak Manusia Dipercayai Ditemui Dalam Longkang Di Sibu. Satu kejadian yang mengejutkan telah berlaku di Sibu semalam di mana sebuah tengkorak yang dipercayai milik seorang orang dewasa manusia, ditemui dalam sebuah longkang di Jalan Bukit Assek, Sibu.

Tengkorak itu ditemui oleh pekerja majlis perbandaran tempatan ketika mereka membersihkan longkang selepas mendapat permintaan daripada seorang penduduk.

image is not available
Tengkorak Manusia Dipercayai Ditemui Dalam Longkang Di Sibu. Foto: Anna Siaw via See Hua Daily News

Selepas penemuan itu, pekerja majlis tempatan segera menghubungi pihak polis.

Tengkorak tersebut telah dihantar ke bilik mayat untuk siasatan

Apabila dihubungi, ketua polis Sibu, ACP Zulkipli Suhaili mengesahkan kes itu dan berkata tengkorak tersebut telah dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk siasatan.

Pasukan anggota polis dari unit forensik juga berada di lokasi sekitar jam 10 pagi ini untuk menjalankan siasatan.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Sehingga kini, carian kami mengenai kes ini di pelbagai sumber seperti media sosial juga gagal menemukan sebarang maklumat lanjut. Semoga PDRM dapat mengesan identiti tengkorak terbabit agar keadilan dapat ditegakkan bagi pihak keluarga.

Baru-baru ini, seorang calon SPM juga telah terbunuh akibat dilenyek pegawai polis, artikel penuh di sini:

https://www.iloveborneo.my/polis-langgar-lari-calon-spm-hingga-maut/

https://www.iloveborneo.my/zayn-rayyan-dibunuh-diletak-tepi-sungai/