Tengkorak manusia tersangkut pukat nelayan

9 Jun 2026 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tengkorak manusia tersangkut pukat nelayan
Tengkorak manusia dipercayai milik seorang lelaki dewasa ditemukan di perairan Sedili dekat Kota Tinggi. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Tengkorak manusia dipercayai milik seorang lelaki dewasa ditemukan di perairan Sedili dekat Kota Tinggi, selepas tersangkut pada pukat ikan milik seorang nelayan tempatan pada 6 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, tengkorak berkenaan dijumpai tekong bot berusia 44 tahun pada kira-kira 3 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Beliau berkata, tengkorak itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

"Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai perubatan forensik mengesahkan tengkorak dijumpai dipercayai milik seorang lelaki dewasa berusia 20 hingga 30 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Sedili SM Mohammad Aizat Ahmad di talian 018-2464667 bagi membantu siasatan.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved