Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersuara mengenai isu pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah.
Tengku Hassanal bersuara isu buang beras
Tengku Hassanal dalam hantaran di Instagram story berkata, semua wakil rakyat perlu mengetahui mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam membuang sampah bagi mengelakkan masalah tersebut timbul.
Baginda bertitah, aduan tersebut perlu dibuat kepada kerajaan dan berpendapat ia perlu hantar ke tempat pelupusan sampah disediakan.
“Kalau saya, saya suruh hantar ke landfill (tempat pelupusan sampah).
“Semua wakil rakyat patut tahu SOP buang sampah,”titah baginda berserta memetik media sosial bekas Ahli Parlimen Kuala Krau,Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said mengaku dan tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Maklum beliau, barang keperluan tersebut adalah miliknya dan ia merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai.





Bagaimanapun, beras dan barangan dapur tersebut terpaksa dilupuskan di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Temerloh Pahang.
Pelupusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada jiran yang mengatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan.
Sumber: Instagram this.7
