Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

16 Aug 2026 • 7:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Sayap Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pengurniaan itu menyaksikan Tengku Hassanal melakar sejarah apabila menjadi kerabat diraja pertama menjalani Kursus Asas Penerbangan Helikopter menerusi Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26.

Baginda lulus dengan cemerlang dalam beberapa penilaian penerbangan merangkumi Basic Handling Test (BHT), Instrument Flying Test (IFT), Final Navigation Test (FNT) dan Final Handling Test (FHT).

Tengku Mahkota Pahang menjalani kursus berkenaan mulai 2 Jun hingga 31 Julai lalu menggunakan helikopter EC120B Colibri.

Sultan Pahang yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM turut berkenan mengurniakan sayap penerbangan kepada 39 graduan lain dalam istiadat yang berlangsung di Padang Kawad, Kolej Tentera Udara, di sini semalam.

Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris; Timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Seri Nur Hafis Abdul Karim dan Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Masro Kaliwon.

Selain Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26 yang disertai Tengku Hassanal, istiadat kali ini turut melibatkan graduan tiga lagi kursus iaitu Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67/25, Kursus Asas Penerbangan Siri 87/25 dan Kursus Asas Jurusensor Senjata-Pejuang Siri 01/25.

Dua graduan dalam Kursus Asas Jurusensor Senjata-Pejuang merupakan pegawai siri pertama yang mengikuti latihan menggunakan konsep Direct Intake.

Pada majlis sama, enam anugerah kepada graduan terbaik berdasarkan pencapaian dalam aspek penerbangan, akademik, disiplin dan kepimpinan turut dikurniakan, termasuk Graduan Terbaik Keseluruhan Sayap Putar dan Sayap Kaku Piala Panglima Tentera Udara, Graduan Terbaik Keseluruhan Jurusensor Senjata-Pejuang, Graduan Terbaik Akademik Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara serta Graduan Terbaik Sayap Putar dan Sayap Kaku Piala Komandan. – UTUSAN

The post Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved