Tengku Mahkota Kelantan cemar duli rasmi Darul Quran MAIK Kampus Siswi

23 Aug 2026 • 7:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tengku Mahkota Kelantan cemar duli rasmi Darul Quran MAIK Kampus Siswi

TUMPAT: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mencemar duli merasmikan Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kampus Siswi di Kampung Sungai Pinang di sini, hari ini.

Baginda bersama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tiba ke pusat pengajian berkenaan pada pukul 4 petang.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kampus baharu yang dibangunkan di atas tanah seluas 51,300 kaki persegi itu mampu menempatkan sehingga 60 pelajar.

Katanya, kapasiti tersebut adalah dua kali ganda berbanding kampus terdahulu di Pendek, Kota Bharu yang hanya mampu menempatkan 30 pelajar.

“Pembangunan kampus ini turut diperkukuhkan melalui sumbangan wakaf termasuk wakaf tanah dan bangunan oleh Md. Rashid Mohammad.

“Selain itu, terdapat sumbangan manfaat wakaf berjumlah RM296,180 daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi penyediaan aset Darul Quran MAIK,” katanya.

Tengku Muhammad Rizam memberitahu, penubuhan kampus baharu itu merupakan langkah strategik MAIK bagi memperluaskan peluang pendidikan tahfiz al-Quran dalam kalangan pelajar perempuan.

Katanya, Kampus Siswi mula diwujudkan pada 2023 di Pendek, Kota Bharu dan telah melahirkan sembilan alumni daripada kohort pertama pada tahun ini.

“Kemudahan kampus turut diperkasakan dengan bilik kuliah berhawa dingin, makmal komputer, perpustakaan mini, asrama, masjid serta kemudahan sokongan lain bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif,” katanya.-UTUSAN

The post Tengku Mahkota Kelantan cemar duli rasmi Darul Quran MAIK Kampus Siswi appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved