Tengku Mahkota Kelantan terima menghadap Fahmi Fadzil

LocalPolitics
17 Jun 2026 • 11:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tengku Mahkota Kelantan terima menghadap Fahmi Fadzil
Tengku Muhammad Fakhry Petra terima menghadap Fahmi Fadzil di Istana Kota Lama, Kota Bharu pada Selasa. - Facebook Fahmi Fadzil

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Majlis berkenaan berlangsung di Istana Kota Lama di sini dan bermula pada 5 petang, pada Selasa. 

Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, sesi berkenaan bertujuan menyembah maklum kepada baginda mengenai perkembangan terkini serta laporan berkaitan skop tugas Kementerian Komunikasi.

Antara perkara utama yang dipersembahkan termasuk isu-isu semasa dan gejala akaun palsu yang semakin berleluasa dalam media sosial, khususnya melibatkan penyebaran berita palsu serta kandungan negatif berkaitan institusi diraja. 

Dalam majlis yang berlangsung kira-kira sejam itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Fahmi. 

Turut hadir pada majlis berkenaan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Komunikasi Mohamad Asif Afifi Mohd Yusof, Pegawai Pengiring kepada Menteri Komunikasi Tuan Ahmad Afifi Hamdan Tuan Aziz serta petugas Pejabat Menteri Komunikasi.

Majlis itu turut dihadiri oleh pegawai kanan dari Pejabat Sultan Kelantan, dan diakhiri dengan sesi ramah mesra serta sesi bergambar bersama para dif jemputan. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved