Tengku Mahkota Pahang: “Jangan Reka Drama” dan “Sebenarnya Suka Grafik Tersebut”

Art
29 Aug 2022 • 11:00 AM MYT
Saya Zuan
Saya Zuan

An avid toy collector who enjoys making videos, writing and travelling.

Image from: Tengku Mahkota Pahang: “Jangan Reka Drama” dan “Sebenarnya Suka Grafik Tersebut”

Pernahkah anda mendengar nama Fahmi Reza atau lebih senang dikenali di media sosial sebagai “kuasasiswa”? Bagi yang tidak mengenali saudara Fahmi Reza, dia ialah seorang pereka grafik politik dan aktivis yang menyampaikan rekaannya dalam bentuk satira, terutamanya yang berkenaan dengan isu-isu semasa. Ingat lagi dengan lukisan satira DS Najib Razak? Selain daripada itu, saudara Fahmi juga ada membuat lukisan satira lain yang dikongsi di media sosialnya seperti ahli-ahli politik Malaysia, lukisan “Mojo Jojo”, Parlimen, dan beberapa isu sensitif yang lain.

Sumber: VoiceProject

Walaubagaimanapun, bulan lepas, saudara Fahmi sekali lagi melakukan kontroversi apabila membuat lukisan satira Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah membuat “push-up” untuk Tasik Chini. Ini selepas berita tentang keadaan Tasik Chini yang merosot teruk dikongsi di dalam talian. Keadaan yang teruk di tasik tersebut adalah disebabkan perlombongan dan pembalakan yang berleluasa di kawasan berhampiran dengan tasik tersebut sehingga menyebabkan pencemaran yang kritikal. Bukan itu sahaja, status rizab UNESCO yang diberikan kepada Tasik Chini juga bakal ditarik balik disebabkan perkara ini yang telah berterusan bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang penyelesaian atau tindakan pemulihan keatasnya.

Berbalik kepada lukisan satira yang dikongsi saudara Fahmi di media sosialnya, terdapat beberapa orang yang tidak berpuas hati dengan lukisan tersebut. Seorang admin akaun media sosial penyokong Tengku Mahkota Pahang telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi tentang lukisan tersebut atas alasan saudara Fahmi kurang ajar dan telah menghina institusi raja-raja Malaysia.

Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila Tengku Hassanal sendiri telah mengongsikan gambar yang dimuatnaik di media sosial saudara Fahmi di Instagram banida sendiri dan menyatakan secara terbuka bahawa baginda sebenarnya suka dengan lukisan grafik tersebut serta meminta agar tidak perlu melakukan laporan polis berkenaan dengan perkara tersebut.

Pada masa yang sama, Tengku Hassanal juga menitahkan agar pihak polis tidak mengganggu saudara Fahmi dan meminta pihak polis “jangan reka drama” terutamanya apabila baginda sendiri tidak terkesan dengan satira saudara Fahmi.

Apa-apa pun, cara Tengku Hassanal yang “rileks” dan “okay sahaja” sebegini lebih melonjakkan populariti baginda di mata netizen. Walaupun segelintir rakyat merasakan bahawa satira adalah sesuatu yang mudah menyinggung perasaan, ia juga merupakan sejenis penyampaian yang lebih mudah dan cepat tersebar luas kerana menjadi bahan bualan ramai. Apabila lebih banyak tumpuan diberikan kepada satira tersebut, lebih ramai orang yang akan mencari dan mempelajari topik ataupun isu yang ingin disampaikan disebalik lukisan satira tersebut. Adakah ini perkara yang baik atau bukan?


Saya Zuan adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved