Tengku Maimun akui ahli politik antara ancaman terbesar perlembagaan

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 9:38 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengakui bahawa pemimpin politik merupakan antara ancaman terbesar terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Tengku Maimun ingatkan perkara tersebut perlu dipandang serius

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau mengingatkan bahawa perkara itu perlu dipandang serius demi memelihara undang-undang tertinggi negara.

“Ancaman terbesar (kepada Perlembagaan Persekutuan) ialah ahli politik. Saya fikir tidak perlu buat huraian lanjut,” katanya ketika menyampaikan syarahan dalam program The Sanctity of Malaysia’s Federal Constitution: Threats, Solutions and Impact on National Governance anjuran Allianz Centre for Governance di sebuah hotel pada Selasa.

image is not available

Tengku Maimun tak pernah berdepan campur tangan sepanjang bertugas

Hal tersebut dinyatakan Tengku Maimun sewaktu menjawab soalan daripada salah seorang peserta program berkenaan.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau pernah berdepan sebarang campur tangan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebelum ini, beliau menegaskan perkara itu tidak berlaku.

Namun begitu, situasi berbeza muncul ketika hampir menamatkan tugasnya sebagai Ketua Hakim Negara.

“Ada tanda-tanda cubaan campur tangan pada tempoh penghujung saya berkhidmat,” jelasnya.

image is not available

Di mahkamah, penghakiman dibuat berasaskan fakta

Mengulas mengenai prinsipnya ketika berada di mahkamah, beliau menegaskan setiap penghakiman dibuat berasaskan fakta serta pertimbangan adil tanpa dipengaruhi sebarang elemen luar.

“Bila berada di dalam mahkamah kita buta (tidak berpihak). Bukan pertimbangan agama, kaum dan sebagainya,” katanya lagi.

image is not available

Sekadar info, Tengku Maimun merupakan Ketua Hakim Malaysia yang kesepuluh, menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada 12 April 2019,

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan di dalam jabatan kehakiman tertinggi di negara ini dan telah mula berkhidmat pada 2 Mei 2019 hingga 5 Julai 2025 untuk jawatan tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Nurul Huda Husain)