Tengku Muda Pahang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bestinet bermula 30 Jun

LocalBusiness & Finance
5 Jul 2023 • 11:46 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tengku Muda Pahang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bestinet bermula 30 Jun

diyana

05/07/2023 - 11:46

KUALA LUMPUR 5 Julai - Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah telah mengambil alih peranan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) dan menyandang jawatan Pengarah syarikat itu berkuat kuasa 30 Jun 2023.

Menurut satu kenyataan media Bestinet hari ini, Tengku Abdul Rahman menjadi salah seorang pemegang saham syarikat baru-baru ini dan mengambil alih daripada Datuk Sri Mohd Amin Abdul Nor, yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah Syarikat setelah beliau melepaskan semua sahamnya.

Dalam menyusuri tanggungjawab yang baharu ini, beliau turut menyampaikan kepercayaan penuh dan penghargaan mendalam terhadap visi Bestinet serta menekankan bahawa keputusan menjadi Pengerusi baharu mencerminkan keyakinan tidak berbelah bahagi terhadap dedikasi syarikat untuk mewujudkan dunia lebih adil dan saksama melalui rumusan teknologi maklumat yang komprehensif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet, Ismail Mohd Noor percaya perspektif beliau akan dapat memacu syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

image is not available
Ismail Mohd Noor

“Bestinet berhasrat mewujudkan kerjasama yang utuh dengan Pengerusi baharu kami dalam memberikan nilai tambah kepada semua pihak berkepentingan awam dan swasta.

“Syarikat juga sentiasa komited menyediakan rumusan teknologi maklumat yang komprehensif, dengan tumpuan khusus dalam keselamatan, biometrik dan kecerdasan buatan (AI),” tambahnya. - DagangNews.com