Tengku Muhammad terima kejutan! Presiden UAE hadiahkan kereta mewah Rabdan One

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 11:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Terima kejutan

Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan terima kejutan apabila menerima sebuah kereta mewah daripada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @rbeventor di laman TikTok, difahamkan pemberian hadiah kereta mewah model Rabdan One itu bersempena hadiah perkahwinan baginda, baru-baru ini.

@rbeventor

TAB & TNA dapat surprise!!!! Hadiah drpd HH Sheikh Muhammad bin Zaid, President UAE…Bestnya!! Sapa tau…kereta apa tu? Video kredit: Bamal Resonansi Events

♬ original sound - RB Eventor - RB Eventor

“Tengku Arif Bendahara dan Tengku Natasya Adnan dapat surprise! Hadiah daripada Sheikh Mohamed Zayed, President UAE..bestnya!” katanya.

Terima kejutan

image is not available

image is not available

Alhamdulilah, rezeki Tengku Muhammad!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat jelata turut bersyukur dan gembira dengan hadiah perkahwinan yang diterima Tengku Muhammad dan isterinya dimana kenderaan elektrik tersebut merupakan produk keluaran dari negara maju itu sendiri.

image is not available

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isterinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Pahang di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz yang turut dihadiri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Al-Sultan Abdullah; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pasangan Pengantin Diraja itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Terima kejutan

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok @rbeventor