Tengku Permaisuri berkenan lancar unit bergerak bawa maklumat ke seluruh negara

30 Oct 2022 • 8:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melancarkan Program Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara (MURNI).

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan program kendalian Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) itu diadakan ibu negara.

Pada majlis berkenaan, Baginda turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan kepada BCWA oleh beberapa persatuan dan korporat.

MURNI bertujuan membantu meningkatkan kesedaran barah kepada penghidap, keluarga dan masyarakat serta mengenai kepentingan menjaga kesihatan.

Ia turut menyediakan khidmat pemeriksaan payudara secara percuma.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved