Tengku Permaisuri S’gor saksikan pengislaman pembantu rumah baginda

LocalPolitics
15 Apr 2023 • 7:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan berangkat menyaksikan majlis pengislaman pembantu rumah baginda di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, majlis pendaftaran pengislaman yang berlangsung selepas solat Jumaat turut disaksikan Imam Besar Masjid Negeri, Muhammad Farhan Wijaya dan ratusan jemaah. -Bernama