Tengku Permaisuri Selangor sempurnakan pelancaran, penamaan LCS kedua TLDM

LocalPolitics
3 Jul 2025 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri) dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (kanan) berkenan melihat replika kapal Raja Muda Nala sempena Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut pada Khamis. Foto Bernama

image is not available
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melihat Raja Muda Nala Kapal Tempur Pesisir Kedua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 2 TLDM di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut pada Khamis. Foto Bernama

LUMUT - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan upacara pelancaran dan penamaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

**media[3187859]**

Kapal berkenaan dinamakan "Raja Muda Nala" dan sebagai simbolik pelancaran satu kendi dilepaskan ke dinding haluan kapal, mengandungi himpunan air daripada sembilan masjid yang mewakili sembilan daerah di Selangor dan telah dibacakan dengan surah Yasin oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor.

Penamaan dan pelancaran kapal itu upacara tradisi tentera laut sejak Royal Navy ditubuhkan sebagai identiti sebelum kapal baharu ditauliah dalam perkhidmatan TLDM.

AKAN MENYUSUL

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved