Tengku Zafrul ada urusan rasmi, bukan tonton Piala Dunia

Politics
5 Dec 2022 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak hadir Mesyuarat Khas kabinet hari ini kerana berada di Abu Dhabi atas urusan rasmi.

Pihak kementerian dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi pada Selasa mengenai perkara tersebut susulan terdapat dakwaan mengatakan bekas menteri kewangan itu berada di luar negara bagi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.

"Beliau tidak berada di Qatar seperti didakwa, bukan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Beliau ke Abu Dhabi atas urusan rasmi," kata laporan media pada Isnin.

Tengku Zafrul adalah satu-satunya menteri yang tidak hadir pada mesyuarat khas yang kali pertama diadakan dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim selepas pembentukan kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved