Tengku Zafrul bidas tuduhan Azmin isu ART -“Jangan baca sekerat”

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tampil membidas kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) seolah-olah menggadai kedaulatan ekonomi negara kepada Amerika Syarikat (AS).

image is not available

Tengku Zafrul minta baca penuh perjanjian ART yang penuh

Menurut Tengku Zafrul dalam hantarannya di media sosial, dakwaan itu tidak berasas kerana Azmin hanya memetik sebahagian kecil daripada kandungan sebenar perjanjian tersebut tanpa memahami konteks keseluruhan.

“Kalau baca perjanjian, kita kena baca penuh, jangan baca sekerat. Klausa yang dipetik ialah Klausa 5.1. Apa kandungan klausa 5.1? dan dia cuma petik ayat pertama dan sebahagian ayat kedua.

“Kononnya kalau Amerika Syarikat (AS) kenakan sekatan kepada mana-mana negara, Malaysia ini automatik kena ikut. Jom, kita baca sama-sama Klausa ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

image is not available

Tengku Zafrul tegaskan keputusan masih tertakluk pertimbangan Malaysia

Jelas beliau, klausa itu menyatakan Malaysia hanya perlu bertindak jika sesuatu sekatan memberi kesan kepada “masalah ekonomi berkongsi atau keselamatan negara”, sekali gus membuktikan keputusan masih tertakluk kepada pertimbangan Malaysia sendiri.

“Kata kunci di sini, bersama. Maksudnya, kalau isu tersebut hanya memberi kesan kepada keselamatan negara dan ekonomi AS tetapi tidak memberi impak kepada keselamatan negara dan ekonomi Malaysia, kita tidak perlu pertimbangkan,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Azmin mendakwa ART bukan perjanjian timbal balik seperti yang digambarkan, sebaliknya memberi terlalu banyak kawalan kepada AS.

Namun, penjelasan Tengku Zafrul itu menepis tuduhan tersebut dan menegaskan Malaysia tidak pernah menggadai kedaulatannya dalam sebarang rundingan perdagangan.

Sumber: Facebook Tengku Zafrul