Tengku Zafrul keluar parti: Tiada ketegangan dalam UMNO – Ahmad Zahid

LocalPolitics
3 Jun 2025 • 10:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang pertikaian dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) berhubung keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memilih untuk mengundurkan diri daripada parti itu.

Tengku Zafrul keluar parti

image is not available

Foto: theSun

Memetik laporan Bernama, beliau juga memberitahu keputusan Tengku Zafrul disokong oleh kebanyakan akar umbi dan menganggap meletakkan jawatan merupakan tindakan paling wajar terhadap parti.

“Saya tidak nampak ‘suhu kepanasan’ berlaku dalam kalangan UMNO, eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti.

“Jangan ganggu beliau kerana beliau sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi minda beliau,” kata Ahmad Zahid di United Kingdom pada Isnin.

image is not available

Foto: Kosmo

Pada Jumaat lalu, dunia politik Malaysia dikejutkan dengan pemberitahuan yang dibuat oleh Tengku Zafrul bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO dan memaklumkan bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden UMNO itu turut menjelaskan berkenaan rombakan Kabinet sama ada jawatan Tengku Zafrul itu perlu dikosongkan atau tidak akan diputuskan setelah perbincangan dalam dibuat bersama Kerajaan Perpaduan.

“Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah atas budi bicara Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,” jelasnya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menegaskan, UMNO meminta agar kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan kepada parti berkenaan susulan tindakan perletakan jawatan Tengku Zafrul itu.

Sumber: BERNAMA (Syamsiah Sahat)