Tengku Zafrul Keluar UMNO, Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan – “UMNO Layak Mohon Satu Kerusi..”

LocalPolitics
31 May 2025 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Presiden UMNO, Zahid Hamidi meluahkan harapan agar kuota tujuh jawatan menteri penuh yang sebelum ini diperuntukkan kepada partinya dapat dikembalikan semula, susulan tindakan Tengku Zafrul Aziz keluar UMNO.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata , sebelum ini UMNO diwakili oleh tujuh menteri, namun jumlah itu berkurang kepada enam selepas Tengku Zafrul meninggalkan parti, justeru beliau berharap tempat itu dapat diisi semula oleh wakil UMNO.

image is not available

Bagi saya yang lebih penting ialah Umno diwakili tujuh orang menteri dalam Kabinet, walaupun kita tidak pasti sama ada pelantikan Tengku Zafrul (sebagai menteri) dilakukan atas kapasiti Umno atau sebaliknya, tetapi anggapan kita beliau daripada Umno.

 

Jika begitu, sekarang Umno tinggal hanya enam menteri penuh, dengan keberadaan Tengku Zafrul di luar Umno maka layaklah Umno memohon satu kerusi supaya diberi kepada kita.

Semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul mengejutkan ramai apabila mengumumkan keluar daripada UMNO. Beliau turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian Kota Raja, serta ahli parti itu.

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa beliau telah menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

image is not available

Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan tersebut yang dihantar kepada Setiausaha Kerja UMNO, Mohd Sumali Reduan. Namun begitu, Zahid memaklumkan beliau akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang parti untuk meneliti sama ada tindakan Tengku Zafrul itu melanggar sebarang perjanjian yang ditandatangani ketika menjadi calon Barisan Nasional pada PRU15.

Untuk calon dalam PRU lepas, jika mereka keluar parti maka mereka boleh didenda RM100 juta berdasarkan akuan sumpah mereka.

 

Tengku Zafrul bertanding, tetapi beliau kalah dan dilantik semula sebagai Senator. Jadi saya perlu periksa dulu dengan penasihat undang-undang Umno.

image is not available 2 days ago

Tengku Zafrul Umum Keluar UMNO, Asyraf Wajdi Sahkan Belum Terima Surat Rasmi - "Amat Tidak Wajar.."