Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari Umno Selangor

Politics
1 Apr 2024 • 5:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno Selangor berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan meneruskan tugas dan peranan sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli MKT Umno.

Menurutnya ketika dipilih sebagai ahli MKT Umno dan dilantik Bendahari Umno Selangor lebih setahun lalu, beliau meletakkan matlamat utama untuk menyumbang kepada kebangkitan parti berkenaan di negeri itu.

“Pendekatan dan prinsip saya mudah, kalau saya tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan maka saya tidak harus memegang sesuatu jawatan. Malah lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif.

“Justeru itu berkuat kuasa hari ini, saya meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Selangor,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook.

Tengku Zafrul turut merakamkan ucapan terima kasih atas lantikan dan kepercayaan kepimpinan parti itu kepadanya selama ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved