Tengku Zafrul sertai PKR, PM Anwar sahkan terima surat bantahan daripada UMNO

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 10:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menerima nota bantahan daripada UMNO berhubung tindakan bekas ahlinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

image is not available

Terima surat bantahan kemasukan Tengku Zafrul dalam PKR

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Anwar menyatakan bahawa surat bantahan tersebut sudah diterima dan akan menyemaknya dengan Setiausaha Agung PKR.

“Itu surat sudah lama dah. Saya kena semak dengan Setiausaha Agung,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri hari ini.

Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR dapat bantahan UMNO

Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil turut telah mengesahkan bahawa parti telah menerima nota bantahan berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa pusat PKR hujung bulan ini akan membincangkannya.

image is not available

Untuk rekod, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pada 13 Ogos lalu menegaskan nota bantahan itu adalah ‘amaran keras’ terhadap parti dalam Kerajaan Perpaduan yang membenarkan bekas ahli UMNO menyertai mereka.

image is not available

Tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO serta Ketua UMNO Bahagian Kota Raja untuk menyertai parti lain telah menjadi perhatian ramai sebelum ini.

Sumber: Buletin TV3 (Syafiqah Damanhuri)