Tengku Zafrul umum RM11.3 bilion pelaburan dilaksana di era kerajaan MADANI

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2025 • 3:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan MADANI terus mencatat pencapaian positif apabila sejumlah RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan telah mula dilaksanakan di seluruh negara.

11 syarikat mula beroperasi di kepimpinan Kerajaan Madani

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di media sosial apabila memaklumkan bahawa pelaburan tersebut melibatkan 11 pengilang utama yang kini telah memulakan operasi mereka di beberapa negeri.

“Ini baru sebahagian daripada syarikat yang sudah memulakan operasi. Kalau dicampur dengan kilang yang sedang dibina, lagilah banyak,” katanya

image is not available

Banyak lagi kilang beroperasi ketika kepimpinan kerajaan Madani

Ujarnya lagi, antara pengilang yang telah memulakan operasi termasuklah INV New Material Technology (M) Sdn Bhd di Pulau Pinang dengan nilai pelaburan RM3.2 bilion serta Alliance Contract Manufacturing Sdn Bhd yang beroperasi di Pulau Pinang dan Kedah dengan jumlah RM1.5 bilion.

image is not available

Turut menyumbang kepada angka tersebut ialah Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd di Selangor sebanyak RM1.4 bilion, Dominant Opto Technologies Sdn Bhd di Melaka (RM1 bilion) dan Cosmx Technology Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang (RM921 juta).

image is not available

Pelaksanaan pelaburan ini menunjukkan keyakinan syarikat antarabangsa terhadap iklim ekonomi semasa, sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi strategik dalam sektor pembuatan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Sumber: Facebook Tengku Zafrul