“Tengok Banyak Kali Nak Tergelak” – Geram Tengok Video Ali Puteh, Wanita Dayak Kongsi Cara Santet Yang ‘Real’

13 Feb 2023 • 3:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu mengenai kisah antara pelawak Ali Puteh dan balu arwah abang kandungnya iaitu Abam Bocey mengenai isu tuntutan saman dan juga kekecohan di rumah kelamin milik Hidayah dan suaminya itu.

Semalam, seorang wanita berketurunan Dayak bernama Ladyganz tampil memberi respon mengenai isu itu.

Sebelum ini, Ali Puteh mendakwa rumah milik arwah Abam ditabur garam seperti perbuatan melakukan sihir oleh seseorang.

Kata wanita itu, taburan garam yang dijumpai sekeliling rumah itu bukanlah bermaksud seseorang ada menghantar benda yang tidak baik kepada penghuni rumah tersebut.

Akak sebagai orang Dayak yang dari tanah Borneo yang paling banyak ilmu-ilmu santet ni, akak tak boleh tengok video itu sebab bila tengok berkali-kali rasa nak tergelak.

Biasa orang buat santau guna tanah kubur, pakai minyak sakang, pakai gambar atau pakai ikatan kuning tanam di rumah. Kalau pakai garam kasar, pakai limau, pakai daun bidara, itu untuk pagar rumah, halau syaitan.

Katanya lagi, tidak perlu menabur fitnah seperti itu sehingga terbuka aib sendiri dan dia juga berpesan kepada pelawak itu agar membayar duit tuntutan saman sebanyak RM60,000 yang diperintahkan mahkamah kepada Hidayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Setelah video itu menjadi tular, wanita berkenaan kemudiannya meluahkan rasa ‘pening’ kerana dia tiba-tiba sahaja dianggap menawarkan servis santau namun menafikan sekeras-kerasnya amalan itu.

“Akak tak buat semua benda tu. Nombor akak tu untuk orang beli baju raya saja. Bukan tanya ilmu santau. Akak tak buat semua tu walaupun akak orang Dayak” ujarnya lagi.

image is not available 21 jam lalu

"Konon Hangpa La Kawan Terbaik, Tapi Apa Hangpa Buat Untuk Bela Waris Arwah Abam?" - Netizen Persoal Sahabat Biar Ali 'Kacau' Hidayah