Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tak terlepas daripada mengulas isu viral melibatkan pempengaruh, Abang Tesla.
BACA: “Hanya Kita Dan Allah Tahu Segalanya” – Isteri Pertama Abang Tesla Buka Mulut Selepas Dimadukan
Menurut Kak KM, dia terjebak mengikuti isu viral tersebut selepas para pengikut memaklumkan kepadanya.
Secara ringkas, usahawan jamu ini berkata lelaki memang tak boleh memiliki kesenangan kerana kesenangan membuatkan dia lupa diri.

Apa yang kita boleh rumuskan dekat sini, sebenarnya orang lelaki ni tak boleh ada duit. Ada duit je kau menggelabah anjing, kau tengok betina sana sini.
Tambahnya, memang benar tidak salah untuk seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu tetapi cara dan kata-kata Abang Tesla itu mengundang kemarahan.
Dia cakap bini pertama patut dihargai, nombor dua patut dicintai. Bengang jugaklah sebab kita perempuan kan.
Kak KM turut mengimbau kata-kata Abang Tesla di mana dia pernah menyeru orang lelaki supaya setia pada yang satu. Namun, semuanya musnah apabila dia rasa ‘layak’ untuk berpoligami.
Kredit: TikTok @sweetdara_kmbeautyy


