“Tengok Lah..” – 10 Tahun Bercinta, Sooyoung Ulas Jika Mahu Kahwini Jung Kyungho

Music
24 Aug 2023 • 1:45 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa yang tak nak melihat pasangan kesayangan mereka berkahwin kan?

Semakin sibuk dengan pelbagai drama kini termasuklah “Not Others” yang baru berakhir, Choi Soo-young dari Girls’ Generation berkongsi mengenai pelbagai kisah berkaitan kerjaya dan kehidupan peribadi dalam satu temubual rasmi.

Ditanya mengenai hubungan bersama teman lelaki, Jung Kyung-ho, jawabnya,

Dia sangat sukakan ‘Not Others’. Dia sangat menjaga dan dia paling memerhatikan tingkat rating berbanding saya. Setiap pagi, dia akan menghantar mesej, ‘Berapa rating hari ini?’. Saya berasa lega dan tenang kerana ada orang lain yang mengambil tahu mengenai hal seperti itu.

image is not available

10 tahun menjalinkan hubungan, komen Soo-young mengenai orang ramai yang menantikan berita perkahwinan mereka,

Tengoklah kalau ada berita baik, saya akan memberitahu wartawan dahulu.

Untuk pengetahuan, Soo-young dan Jung Kyung-ho mengumumkan hubungan cinta mereka secara rasmi sejak 2013 di mana mereka dikatakan berkenalan kerana menghadiri jemaah gereja yang sama.

Cepatlah kahwin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article