“Tengok Rupa Lalok Pun Tahu” – Pengurus Yakin Noh ‘Bersih’ Dari Dadah Tapi Netizen Ragu-Ragu

4 Oct 2022 • 4:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pengurus kumpulan Hujan iaitu Ahmad Ariffin Ahmad tidak dapat menjelaskan mengenai dakwaan netizen yang mengatakan tindakan Noh Salleh itu disebabkan dari tekanan hidup selepas bercerai dengan bekas isteri, Mizz Nina.

Bukan itu sahaja, Ahmad Ariffin turut menafikan mengenai vokalis band tersebut yang didakwa mengambil barang terlarang susulan tular video mengenai penyanyi itu meludah di atas pentas.

Hal itu susulan selepas terdapat segelintir individu telah meminta pihak berkuasa untuk menjalankan ujian air kencing terhadap Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh.

Kami harap tiada spekulasi yang menganggap tindakan tersebut disebabkan bahan terlarang. Noh ‘bersih’, itu saya yakin 100 peratus.

Mungkin sebab rambut dia nampak tak terurus, tapi dalam keadaan panas berkurung di dewan yang dipenuhi 13,000 penonton, tentu saja susah nak maintain elok.

Meninjau diruangan komen, penjelasan pengurus itu bagaimanapun mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya seakan masih meragui dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Malah, ada juga yang mengesa pihak berkuasa untuk tetap melakukan ujian air kencing terhadap Noh.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Ludah Sebab Rasa Renjatan Elektrik" - Pengurus Perjelas Tindakan Noh Salleh Sebab Mahu Alih Rasa Sakit