Tengok Syok Menyelam Di Semporna, Pelancong Wanita China Dakwa 'Dicium' Pembantu Jurulatih Selam!

8 May 2023 • 5:33 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang pelancong wanita warga China mendakwa dicabul ketika melakukan aktiviti selaman di perairan sebuah pulau peranginan Jumaat lalu.

Mangsa berusia 25 tahun berkenaan mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam ketika membantunya melakukan aktiviti selaman.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Sabtu lalu sekitar pukul 10.03 pagi.

image is not available

“Laporan dibuat ketika mangsa mahu bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk berlepas ke Kuala Lumpur sebelum balik ke negara asal.

“Mangsa mendakwa dicium oleh seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang merupakan pembantu jurulatih selam separuh masa di sebuah pusat selaman di Semporna.

“Susulan laporan itu, polis bertindak membuat tangkapan ke atas suspek terbabit di sebuah penginapan atas air kira-kira pukul 12.50 tengah malam, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Arif berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 11 Mei depan untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial yang memaparkan mangsa dicium oleh suspek ketika melakukan aktiviti selaman.

Sumber: KOSMO! ONLINE