Tentera AS bakar diri tanda protes perang di Gaza, meninggal dunia

28 Feb 2024 • 11:53 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tanda bantahan terhadap konflik peperangan yang masih berterusan di Gaza, seorang anggota tentera Amerika Syarikat bertindak membakar dirinya sendiri di luar kedutaan Israel di Washington.

Lelaki berkenaan yang turut merakam aksinya dilihat membakar dirinya dan melaungkan ‘Bebaskan Palestin’ sehingga jatuh ke tanah.

Menerusi beberapa perkongsian, lelaki itu mengisytiharkan tidak akan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai sebelum menyiram dirinya dengan cecair.

Dia kemudian dibawa ke hospital selepas insiden berkenaan. Keadaannya dilaporkan krtikal ketika itu.

Bagaimanapun menerusi laporan terbaharu menyatakan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.

Jurucakap Tentera Udara memberitahu individu yang tidak disebutkan namanya yang terbabit dalam insiden itu, meninggal dunia akibat kecederaannya dialaminya.

Disember lalu, seorang penunjuk perasaan turut bertindak demikian membakar dirinya di luar Konsulat Israel di Atlanta.