Tentera Israel bom kediaman warga Jordan di Gaza, seorang terbunuh

4 Dec 2023 • 3:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

AMMAN, 4 DIS: Kementerian Luar Dan Ekspatriat Jordan kini memantau situasi selepas tentera pendudukan Israel mengebom kediaman rakyatnya di Semenanjung Gaza.

“Kami telah menghubungi warga kami dan keluarganya yang melaporkan rumah mereka di situ dibom, menyebabkan anak lelakinya terbunuh dan seorang lagi cedera,” lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik jurucakap kementerian Sufyan Qudah pada petang Ahad.

“Anak lelaki yang cedera berada dalam koma dan sedang menerima rawatan di Hospital Baptist di Semenanjung Gaza,” menurut Qudah.

Kementerian sedang memantau keadaan warganya itu, dan berusaha untuk memindahkan anaknya yang cedera di hospital lapangan Jordan sehingga mereka dapat dibawa balik ke Jordan.

Menurut Qudah, kerajaan Jordan mempersalahkan sepenuhnya tentera pencerobohan Israel atas keselamatan keluarga itu dan semua warganegaranya yang tidak dapat meninggalkan Semenanjung Gaza.

Israel meneruskan pencerobohannya di Semenanjung Gaza pada 7 pagi Jumaat, sejurus selepas tamatnya gencatan sementara selama tujuh hari yang dirundingkan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.

– BERNAMA-PETRA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved